Penjagaan Battery Laptop

Assalamualaikum

Post kali ney saya nak selesaikan masalah yang selama ini menjadi misteri untuk saya dan pengguna laptop yang lain..

Battery charging 

Petua orang 1
Bateri Laptop kene charge masa Laptop on sahaja.

Petua orang 2
Bateri Laptop kene charge masa Laptop off sahaja.

Haha... Sebenarnya yang mana satu betul ?
Setelah beberapa bulan saya membuat pemerhatian dan kajian, saya membuat konklusi...

Speed charging
Charge bateri laptop semasa off. Dengan mengecas bateri laptop semasa off, bateri akan lebih cepat penuh. Kadar purata masa mengecas ialah lebih kurang 4 minit untuk 10 % bateri cas. Cara ini adalah lebih baik kerana bateri cepat dicas penuh.

Usual charging
Charge bateri laptop semasa menggunakannya. Cara ini sebenarnya tidak memberi kesan yang buruk kepada bateri. Cuma masa untuk bateri penuh akan lama kerana tenaga electric yang dibekalkan oleh AC Power terbahagi kepada dua iaitu untuk kegunaan laptop dan mengecas bateri.

Battery Life

Petua orang
Tanggalkan bateri laptop jika kita ingin terus menggunakan laptop apabila bateri sudah dicas penuh. 

Bagi saya petua itu ada baiknya tetapi jika kita biarkan Laptop kita terus menerima AC Power walaupun bateri sudah dicas penuh, ia tidak akan memberi kesan yang buruk kepada batery. Tetapi penggunaan laptop secara extreme seperti bermain game dan sebagainya akan menyebabkan suhu laptop akan meningkat. Haba yang sangat tinggi adalah tidak baik untuk bateri laptop. Bateri laptop akan mudah rosak jika ia dibiarkan berlarutan berulang kali. Begitu juga dengan bermain game dengan bersumberkan bateri laptop. Penyahcasan bateri yang terlalu mendadak akan menyebabkan batery rosak. Oleh itu anda disarankan menanggalkan bateri laptop semasa bermain game.


Fakta tentang bateri
Setakat ini tidak bateri rechargeable yang boleh tahan selama-lamanya. Ini kerana bateri akan berkurang casnya setiap kali 'Discharge cycle' (Cas dan Nyahcas). Biasanya bateri laptop akan berkurang dari 100% kepada 80% kapasiti bateri selepas 300 kali charge cycle atau lebih kurang 1 tahun penggunaannya.

Disini saya mengesyorkan software untuk penjagaan batery---> Battery Care 

Ulasan

Artikel Lain